|
mine forever
![]() " When people see good, they expect good. And I don't want to live up to anyone's expectations. " |
ya ramadhan...
Indahnya Ramadan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, berpuasa juga menahan diri melakukan perbuatan maksiat. Sesiapa meninggalkan ibadat puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari itu pada mana-mana hari, meskipun ia berpuasa seumur hidupnya. Permulaannya rahmat, pertengahan pengampunan dan penghujungnya terlepas daripada neraka jahanam. Inilah yang mahu dikejar sesiapa saja inginkan penghabisan usia yang baik. Mereka yang bersalah memohon maaf, si sombong menghulur senyum dan jahat mula bertaubat. Begitu juga yang selama ini takbur tidak putus bersujud memohon keampunan, memohon pelepasan daripada dosa yang terhimpun sekian lama. |
0 Comments:
Post a Comment