|
mine forever
![]() " When people see good, they expect good. And I don't want to live up to anyone's expectations. " |
10 july
Semalam balik rumah
sebab hari ni cuti sempena first ramadhan. Yeayyyy ! Tapi malang tidak berbau,
sesampai saja dirumah aku terus memberi salam tanpa toleh ke kiri ke kanan ke
atas dan bawah depan dan belakang. Ade lah dalam 3 kali, siap aku gegar2 pagar
rumah tuh. Nasib baik jiran sebelah tak report polis. 10 minit kemudian baru
aku perasan pintu tu dah bermangga -_- rupa2nya mereka pergi bertarawih. Aku
call ibu tak angkat pastu send lah mesej. Ibu cakap " tunggu kejap. Kejap
lagi ibu sampai, panjat dulu pagar tu" wahh aku pun seronok ah. Kononnya
kejap, aku bajet2 lah jalan ukur jalan jap. 15 minit kemudian, nyamuk2 dah
start panggil kengkawan dia nak 'usha' aku. Pehhhhh, kemain ramai lagi. Nak
gigit aku pulak tuh. Ape lagi,aku bersilat gayung lah dengan mereka2. Sumpah
penat ! Last2 aku duduk je depan pagar tu sambil test suara dengan nyamuk. Aku
nyanyi lagu 1D. Pastu tiup kat nyamuk sebab tadi aku baru makan nasi goreng
kampung. Haaaa kau, pedas sampai berasap hidung. So udara yang aku tiup tadi ada
lah rasa2 cili padi sikit. Sampai nyamuk pun melarikan diri ke benua lain sebab
tak tahan pedas dengan semburan oleh aku. Kah kah….tapi hanya untuk seketika.
Cisss ! Sejam kemudian baru lah ibu pulang bersama adik2 dengan gembiranya. Aku
hanya mampu tersenyum sambil memikirkan " kejapnyaaaa. Sempat jugak nak
bina rumah sebijik depan ni. Hukhuk, "
# selamat berpuasa di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ni :D jangan nak bukak periuk je siang2 hari.
|
0 Comments:
Post a Comment