Fly Away
Home Twitter Follow Dash

mine forever


" When people see good, they expect good. And I don't want to live up to anyone's expectations. "


confession
Thursday, May 15, 2014 • 1:17 AM • 0 comments





Taktau nak tulis apa tapi nak tulis jugak. Hemm tajuk dia acah2 gimik je sebab takde idea nak letak tajuk apa. Gua rasa gua ni jenis yang cepat sangat percaya kat orang, yup orang2 yang rapat dengan gua pun cakap cemtu. Maybe sekarang baru gua tersedar em terbangun dari tidur yang agak best. Gua kena berubah, mungkin sebab pengalaman atau lebih skema dipanggil sejarah yang lalu. Benda yang lepas2 telah banyak mengajar gua supaya lebih berjaga-jaga. Setakat ni boleh dikira dengan jari orang yang gua percaya, tapi tak fully pun tapiiii emm boleh tahan banyak lah jugak dalam 85%. Bestfren aku inshaa Allah aku percaya dorang :) Family aku? Ofkoss ah tapi along dah kureng sikit hahaha kesian dia. Padan muka! Siapa suruh sembang lebih, buatnya takpun xP Selain daripada itu, wahhh guna penanda wacana hahaha. Gua dah penat nak percaya, gua dah penat sakit nak percaya, gua dah penat rasa macam orang buduh je sebab percaya, gua dah heartless nak percaya. Ehh ape ntah ayat macam tak betul. Tapi betul lah tu luahan gua. Faham2 lah sendiri ye, dah besar kannn ;b betul lah orang kata. Nak dapatkan kepercayaan seseorang tu amek masa lama gak laa ade lah dalam berbulan ke bertahun hmmm depends jugak. Tapi, kalau nak hancurkan pehh senang giler beb. 1 saat pun boleh. Dahsyat kan?!


Okay dah, malas nak cerita panjang2. Cakap lebih pun tak guna, yang penting. Yup, I change for the better. Nak jadi orang yang lebih profesional menghadapi cabaran hidup yang semakin menakutkan di masa hadapan. Fuhhh … pray for me and pray for us, pray for our life :)


Monday dayyyy
Monday, January 13, 2014 • 6:05 PM • 0 comments





Kelas cancel terus plan nak keluar berjalan jalan pergi berjimba dengan classmate. Pehh life kat universiti memang mencabar, orang yang tak kuat iman macam aku ni, haihhh senang sangat terpengaruh. Maka, bersosial lah aku, wani, lily, meerul, azam and judin. Bukan bersosial apa pun, dorang ajak aku keluar konon nak bagi aku kemeriahan berbuka puasa. Kononnya lah, padahal boleh je buka puasa kat kolej, ada pasar malam pun. Yang aku pelik si azam ni, tak penah penah nak ikut keluar tetiba angin kus kus dia datang nak ikut kitorg. Uwwww pelik ni pelik, ape lagiiii jom la azam! Bukan senang nak tengok dia bersosial. Eh jap jap, kitorang bukannya ajak dia ke arah lembah kejahatan, ajak berkawan je, emmm release tension setahun sekali. Takpe kaaaan? Ehh buat ape tanya korang, dah pegi pun hahaha. Berjalan mengira butiran pasir di pantai kelebang sambil  tengok pak cik menebar jala macam nak tebar  roti canai. Dorang syok ah dapat minum coconut shake yang femes tu. Aku hanya mampu menahan nafsu tengok air kelapa yang sejuk, yang ditambah susu, sesudu aiskrim vanilla, masuk ke dalam tekak mereka, fuhhhhh dapat hilangkan haus. Ade pulak member aku ni teringin ke mengidam aku  tak sure lah, dia nak naik kuda. Okay, bagi kan dia naik. Kang tak pasal mengigau 3hari 5malam tak dapat naik. Kahkahkah.



Solat asar dengan maghrib alhamdulillah dapat berjemaah di surau dan masjid dekat2 situ. Paling menyedihkan tempat wuduk wanita seperti sudah lama tidak digunakan, apakah maknanya? Bilik wuduk wanita tu siap berkunci lagi. Mashaa Allah. Terharu bila jemaah muslimin sanggup tunggu muslimat yang terhegeh hegeh ni. Ye lahhh perempuan kan lambat sikit, macam macam nak kena buat, bukak tudung, pakai telekung and bla bla bla….then baru start solat :') yong tau fu pulau gadong jadi pilihan untuk santapan malam lepas satu hari suntuk berjimba. Banyak giler kitorang amek sampai semput semput nak habiskan. Yang dah biasa makan banyak pun tak larat nak licinkan mangkuk tu tengok betapa dahsyat nya nafsu sebelum makan, amek banyak banyak, pastu hmmmm bagus bagusss. Keep it up! Teruskan jadi kawan syaitonirrajim.